Search blog.co.uk

  • Name Wee F*** TNB

    namewee

    Wee Meng Chee atau name glamournye Name Wee yang penah bikin gempak dengan kontroversi klip videonye yang bertajuk "Negarakuku" menghine lagu kebangsaan lebih kurang setahun lalu...kini menganaz kembali.

    Die yang merupekan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan Taiwan muncul dengan klip video terbarunye yang mengutuk Tenage Nasional Berhad  ( TNB ).

    Klip tersebot yang yang bertajuk "F*** TNB Malaysia" bermule dengan babak di mane rumah si Name Wee nie tibe2 black out...dahlah black out pastu mamat nie try lah call TNB tapi malangnye pangilan nye tak berjawab. So di sebabkan bengang yang ditahap cipan Parsi...si mamat Name Wee bersame juru kameranye pun meniru gaye ala2 terjah Bro Naz(Melodi) gi bikin gempak kat Ibu pejabat TNB daerah Muar.

    So...korang nak tau kesudahanye? korang kne tengoklah sendiri tak larat aku nak cite klakuan mamat nie.

         P/s : Dah tengok? so...pe komen korang?

  • Siapa Itu Haji Abdullah Hukum?

    signboard 
    Haji Abdullah Hukum bukan sekadar name jalan atau penghias papan tande jalan...beliau merupekan antare orang yang bertangungjawab memajukan Kuala Lumpur...berbeza dengan Yap Ah Loy...jase dan pengorbanan Haji Abdullah Hukum ini semakin di lupekan masyarakat kini.

    Abdullah Hukum berasal dari Kerinchi...Sumatera. Name sebenar beliau ialah Muhammad Rukun yang kemudian ditukar oleh beliau sendiri ketike beliau berade di padang Arafah. Dikatekan beliau telah datang berdagang ke Tanah Melayu seawal tahun 1850 lagi ketike itu beliau berusie lebih kurang 15 tahun.

    Beliau pernah berjalan kaki bersame rakan2 dari Melake hinge ke Kuala Lumpur...perjalanan tersebot memakan mase beberape hari. Setapak(yang dulu lebih dikenali sebagai Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas(dulunye sebagai Hulu Gombak)adelah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membine tali air selame tiga tahun di Segambut(Batu Lime Gombak sekarang).

    Ketike itu...Sutan Puasa adelah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerane semue orang boleh mengerjekan sawahnye dengan kadar upah yang bole dikatekan lumayan ketike itu iaitu...sepuluh gantang padi dari setiap seratus gantang. Abdullah Hukum juge pernah mengadap Raja Laut(Putera Raja Muhamad) kerane ingin meminte sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuke tanah di Pudu dan bertindak sebagai ketua penduduk di situ.Ramai orang2 kerinchi yang turut same ikut serte tingal di Pudu(sekitar Bukit Bintang).

    Di sane...Abdullah Hukum dan pengikutnye menjalankan aktiviti menanam sayur2an...tebu...pisang...sirih dan padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selame tujuh tahun. Dikatekan juge beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawe beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur.Beliau mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.

    abdullah hukum 
    Selepas membuke kawasan Pudu...Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuke kebun nenas(yang kini dikenali sebagai Bukit Nanas). Beliau juge mendapat surat kebenaran daripade Maxwell dan Raja Laut untuk membuke Sungai Putih(iaitu kawasan Jalan Bangsar kini). Ketike tinggal di Sungai Putih...Abdullah Hukum membuke Bukit Candi Putra kini Bukit Putera yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi sekarang.

    Abdullah Hukum dilantik menjadi Penghulu di Sungai Putih dengan persetujuan Datuk Dagang. Selepas dilantik secare rasmi sebagai Penghulu...Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbaunye(yang dibeli dari Dungun dan Pahang kemudian di bawe ke Kuala Lumpur.) kerane bebanan tugasnye semakin bertambah. Semase beliau menjadi Penghulu...Abdullah Hukumlah orang yang cube menyatukan tige kaum utame di situ iaitu Melayu...Cina dan India. Sebagai meraikan kejayaanye...beliau telah menamekan jalan utame di situ sebagai "Jalan Bangsa". "Bangsa" kemudian ditukar menjadi "Bangsar".

    Apebile meletus peperangan Selangor dan Pahang...Sultan Abdul Samad memanggil Abdullah Hukum untuk turut serte melawan musuh baginde. Baginde melantik Abdullah Hukum sebagai panglime perang. Sebagai menghargai jase dan bakti beliau...Sultan Abdul Samad mengurniekan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanye. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang...sebuah kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu...Abdullah Hukum dipertangungjawab untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnye. Abdullah Hukum menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap pengikutnye. Kampung itu dinamekan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena name beliau.

    Ketike Abdullah Hukum datang ke kampung itu...pade 1890...pekerjaan utame penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam. Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pade 1898...Abdullah Hukum menumpukan baktinye kepade putera baginde...Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pade 1929...selepas menjadi ketua kampung selame tujuh. Menurut cerite...apebile umurnye mencecah 80 tahun (1912) beliau telah memohon untuk bersare dari jawatan ketue itu dan mendapat pencen dari kerajaan. Beliau meninggal dunie pade usia 125 tahun. Haji Mahmud...seorang daripade enam anaknye mengambil tugas sebagai ketua kampung selepas bapanye mengundurkan diri.

    Cucunye iaitu Kamaruddin Mahmud mewarisi pusake kampung ini hinge kini...dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum. Sekarang...Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raye Kuala Lumpur yang telah jauh berbeza. Harga tanah dan rumah kediaman di situ meningkat berpuluh kali gande. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum kini bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunye melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang sekarang menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

    Kite tak mahu hanye name Yap Ah Loy saje yang meniti dibibir setiap generasi anak mude kini...biarlah jase dan name Abdullah Hukum turut juge dikenang dan dihargai oleh generasi kini sebaris dengan Yap Ah Loy dalam sejarah memajukan Kuala Lumpur.

  • Islam yang satu

    kaabah banjir

    Bukan niat aku nak tunjuk pandai atau seperti ayam mengajar itik berenang...tapi aku rase terpangil untuk menyuarekan pendapat sebagai seorang umat Islam. Boleh tak kalu di wujudkan sebuah rumah khas yang mirip seperti parlimen atau ape saje...untuk dijadikan tempat untuk para bijak pandai berbincang soal agame Islam secare rasional?

    Sebagai contoh soal hukuman...difinasi...sijil halal...tangkapan...atau ape saje isu mengenai Islam dibincangkan di rumah tersebot kemudian apebile segale keputusan telah di sepakati barulah...ape saje hukuman atau isu mengenai Islam di laksanekan kemudian di kuatkuasekan diseluruh Malaysia secare seragam.

    Tapi dengan syarat setiap wakil negeri yang dihantar perlu mengangkat sumpah...apebile menjejakan saje kaki ke rumah tersebot segale ape pun fahaman politik yang diwakili ditingalkan seketike...dan setiap keputusan harus diadili oleh Raja2 melayu. Jalan ini perlu kerane bagi mengelakan percangahan dan memperbaiki segale kelemahan yang wujud dalam sistem perundangan Islam.

    Bukankah Allah itu satu...jike Allah mengatekan "A" mengape pule ade yang mengatekan "-A" dan tak kurang yang menambah "+A" ? Jike Allah kate "A"...make "A" lah yang kite laksanekan...jangan kerane kepentingan politik atau diri sendiri kite telah menokok tambah suruhan dan perintah Allah.

    Bile soal pegangan yang satu itu bersatu...barulah bangse kite dapat disatukan

  • Pustake Peringatan P.Ramlee

    signboard

    Baru nie aku ke Pustake Peringatan P.Ramlee...Rupe2nye telah 36 tahun Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meningalkan kite tetapi karyanye masih utuh dijiwe rakyat Malaysia. Allahyarham sememangnye sinonim dengan perkembangan seni muzik dan perfileman tanah air.

    Aku tertarik dengan penulisan Datok Sri Zainuddin Maidin bertarikh 23 Ogos 2009 yang dipetik dari Utusan...menurutnye pemergian Allahyarham pade 29 Mei 1973 mencetoskan satu fenomena yang seolah2 menyentap jiwe setiap peminatnye diseluruh negare...Ade sehinge yang tercedere kerane tak sedar terjun menerusi tingkap apebile mendapat tau tentang kematian Allahyarham. Tak kurang juge ade anak2 mude ketike itu memainkan lagu2 Allahyarham sepanjang hari seolah2 hendak menafikan kematian Allahyarham. Kisah hidup Allahyarham menghiasi tajuk2 utame akhbar melayu sebagai pelaris berbulan2 lamenye.

    depan umah p.ramlee

    Demikian perasaan rakyat Malaysia terhadap kehilangan seniman agong Tan Sri P.Ramlee. Menyedari keistimewaan insan yang banyak berjase kepade negare ini...kerajaan telah mengubahsuai rumah kediaman Allahyarham untuk dijadikan Pustake Peringatan P.Ramlee dan telah dibuke dengan rasminye pade 22 Mac 1986.

    buku

    Pustake Peringatan P. Ramlee menempatkan pelbagai pameran yang menceritekan tentang latar belakang serta sumbagan Allahyarham dalam bidang seni. Antare bahan2 yang dipamerkan ialah buku rekod kedatangan sekolah...passport terhad...alat muzik kesayangan...gambar2 semase hari pengkebumian Allahyarham serta komen para artis tempatan selepas peningalan beliau dan banyak lagi.

    trofi

    Ruang makan dirumah ini juge adelah tempat beliau menghabiskan mase bersame keluarge dan merupekan tempat beliau menghasilkan karya agongnye. Manekale Ruang Filem...menayangkan kembali filem2 lakonan dan arahan beliau sendiri. Ruang penghargaan dan sumbangan...mempamerkan anugerah yang telah dimenangi oleh Allahyarham dipesta filem dimane beliau telah mengharumkan name negare di peringkat antarebangse.

    Pustake Peringatan P.Ramlee ini juge telah di istiharkan serta dilindungi sebagai monumen lame dan tapak  tanah bersejrah dibawah akta bende purbe bilangan 168/1976 pade 24 Julai 1986.

    Dibuke :   Selase - Ahad  dari jam 10.00 Pagi - 5.30 Petang

                      Jumaat : 12.00 Tengahari - 3.00 Petang (Tutup)

    PUSATAKA PERINGATAN P.Ramlee, 22, Jalan dedap, Taman P.Ramlee, Setapak 53300 Kuala Lumpur.

    Tel : 03 - 402 31131   Fax : 03 - 402 48632

    p.ramlee n sloma

    P/s : Tiade sumbangan dari kite yang lebih berharge buatnye selain Al~Fatihah...

  • Kesan Antibiotik

    antibiotik 
    Harapkan pagar...pagar makan padi inilah perumpamaan yang sesuai untuk ubat antibiotik kerane setiap tahun...kire2 setengah juta kanak2 di Amerika Syarikat akan mengalami kesan sampingan dari pengambilan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

    Kire2 5 peratus daripade kanak2 tersebot telah dimasukan ke wad. Antibiotik merupekan puncae utame kebanyakan masalah. Antare kesan pengambilan antibiotik seperti ruam...sakit perot...dan cirit-birit. Lebih mengerunkan lagi masalah tersebot tidak bersifat sementare malah...akan mengundang pelbagai komplikasi lain dikemudian hari.

    Antibiotik yang masuk ke dalam badan kite akan membunuh bakteria2 baik dalam usus...sepatotnye ia bertindak sebagai perisai daripade kebanyakan masalah kesihatan. Penghapusan bakteria2 baik itu tadi akan menyebabkan pertumbuhan sejenis kulat "Candida" secare tidak terkawal.

    baby

    Pertumbuhan Candida secare berlebihan boleh menjadi penyebab kepade pelbagai penyakit. Antarenye sakit kepale...jerawat...ekzema...kanser...alahan...hormon yang tak seimbang dan sembelit. Candida juge boleh membiak dikawasan yang berbeza dalam badan pesakit yang lain. Diet yang kaye dengan gule dan karbohidrat akan membantu mempercepatkan pertumbuhan candida.   

    Kesimpulanye aku rase beter kite gune care yang lame...seperti mane yang diamalkan nenek moyang kite dulu lebih berkesan dan selamat sebab antibiotik memusnahkan sistem pertahanan badan dan bakal menyumbang masalah baru.

  • Ilmuwan Islam Piri Reis

    Piri Reis

    Hadji Muhiddin Piri Ibn Hadji Mehmed atau lebih dikenali sebagai Piri Reis merupekan seorang laksamane armada kerajaan Ottoman. Digelar Piri Reis dimane "Reis" bermaksud kapten. Beliau dilahirkan pade tahun 1470 di Gallipoli Aegen Turki.

    Piri mule menyertai pasukan tentera laut Ottoman seawal 1481 kerane mengikut jejak bapak saudaranye iaitu Kemal Reis...seorang pelaut terkenal. Ketike dalam pasukan...beliau terlibat dalam petempuran dengan Sepanyol...Gnoese dan Venetian termasuk peperangan Lepanto pade 1499 dan peperangan Modon dalam tahun 1500.

    Apebile bapak saudare Piri meningal dunia...Piri kembali ke kampong asalnye iaitu Gallipoli dan membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah buku navigasi yang dipangil "Kitab - i Bahriye. Dalam tahun 1513...beliau menghasilkan peta dunie yang pertame berpandukan 20 peta lame dan carta...carta yang dikumpol termasuk carta yang direka sendiri oleh Cristopher Columbus yang dirampas oleh pakciknye pade 1501 selepas menawan 7 buah kapal di Valencia Sepanyol.

    book of navigation

    Pase 1516 beliau telah mempersembahkan peta dunie hasil ciptaan beliau kepade raje Selim I raje kerajaan Ottoman ketike itu...pade 1521 Piri berjaye menyiapkan buku navigasi karyanye dan menyerahkan buku tersebot kepade raje Sulaimen  dalam tahun 1525.

    Pade 1547...Piri telah dinaikan pangkat sebagai laksamane dan berjaye meluaskan lagi tanah jajahan kerajaan Ottoman. Piri amat terkenal kerane peta dan maklumat yang dikumpul bersame buku navigasinye...buku tersebot amat terperinci selain maklumatnye yang tepat.

    Mendapat gelaran sebagai "Kartografer kerane sebahagian kecil peta dunianye yang disiapkan pade 1513 ditemui pade 1929 di Istane Topkapi Istanbul Turki.

    Ape yang memeranjatkan ialah wujud Amerika dalam peta Ottoman menjadikanye peta tertua Turki yang menunjukan dunia baru menandingi peta tertua Amerika yang dilukia oleh Juan De La Cosa pade 1500 disimpan di Muzium Naval Madrid Sepanyol.

    piri_reis_map 1513

    Pade 1528...Piri Reis menghasilkan peta dunia kedua dimane terdapat penambahan seperti Greenland dan Amerika utare dari Labrador dan New Foundland diutare ke Florida...Cuba dan bahagian Amerika tengah diselatan yang masih ade.

    Salinan buku navigasinye boleh ditemui dikebanyakan perpustakaan dan muzium seluruh dunia. Ending hayat si Piri bolehlah dikatekan menyedihkan...setelah banyak kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai beliau telah dihukum pancong pade usia 90 tahun kerane enggan menyokong Gabenor Ottoman di Basra pade 1554.

    Bagaimanepun jase beliau tetap dikenang oleh kerajaan Turki dengan mengabadikan name beliau dibeberape kapal perang dan kapal selam mereka. 

  • Sumpah jatuh talak 3 bagi pengkhianat PAS

    PasKTelact

    " Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"

    Riwayat Abu Daud dan Hakim...

    Tindakan PAS mewajibkan setiap wakil rakyatnye berbai`yah atau bersumpah taat untuk menceraikan isteri dengan talak 3 jike melompat parti...aku lihat keterlaluan...jike benar sekali pon ikrar tersebot bagi mengelakan pengkhianatan parti...PAS tidak seharusnye merojakan soal politik dan agame.

    Aku syorkan PAS supaye menukar name Parti Islam SeMalaysia kepade Parti Anak Sakai kerane tindakan dan syarat parti mereka mengalahkan suku kaum sakai yang sebahagianye tak beragame. Seharusnye perkare begini patot dihentikan...kerane tindakan sedemikian boleh menghancorkan institusi kekeluargaan dan memberi implikasi yang buruk...jike kite lihat keputusan melompat parti dibuat oleh individu yang bername suami tapi mengape kesanye harus ditangung oleh si isteri?...yang lebih menyedihkan bagaimane pule mase depan anak2 mereka dan ape pule tangapan masyarakat bukan Islam terhadap agame itu sendiri?

    Aku rase PAS...sepatotnye melakukan muasabah diri bagi memperbaiki kerosakan dalaman yang menjadi sebab ade diantare ahli mereka yang mungkin ade memasang niat untuk melompat parti. Jike PAS ingin juge membuat sumpah taat biarlah berpade soal dunie janganlah digaul dengan agame...PAS mungkin boleh menghukum ahlinye yang lompat parti dengan telan belacan satu lori...cukur bulu idung dalam gelap...cabot bulu ketiak gune gigi dan sebagainye.

    pas1

    Maksud cerai atau talak :

    Cerai atau disebut juga sebagai talak mempunyai dua pengertian...dari segi
    bahase bermaksud melepaskan ikatan...manekale dari segi syarak ialah
    melepaskan ikatan pernikahan dengan lafaz tertentu. Islam memberikan kuase
    talak kepade suami manekale isteri juge boleh menuntut perceraian
    dalam bentuk2 lain same ade secare khuluk (tebus talak)...fasakh dan
    taklik melalui saluran Mahkamah Syariah. Ada 3 jenis talak iaitu :

    i) Talak Soreh iaitu talak yang jelas dan nyate. Sebagai contoh suami melafazkan 
    : Aku ceraikan ko dengan talak satu!! atau seumpamenye.

    ii) Talak Kinayah...iaitu talak yang memerlukan kepade niat di mane ade
    kalenye lafaz yang diucapkan itu berbeza2 tetapi niatnye memang
    hendak menceraikan isterinye. Contohnye suami berkate kepade
    isterinye : Engkau tidak boleh aku gunakan lagi atau kate2 yang
    seumpamenye.

    iii) Talak Taklik iaitu talak yang bergantung kepade sesuatu perkare atau
    perbuatan. Contohnye suami berkate : Jike engkau keluar dari rumah nie...engkau aku ceraikan dengan talak satu!!!...Ia juge boleh berlaku apabile
    suami berkate : Kalau aku kahwin lagi satu...engkau aku talak!!!.

    nikaziz2

    P/s : Opsssss...lupe ahli PAS kan warge syurge muehehehehehe!!!

  • Ludah AmErIkA!!!! - HuJaN

    Satu dunia sudah tahu
    Masalahnya semua jadi bisu
    Discovery Channel CNN
    Semua satu bagaikan mesin
    Bush aka semak si presiden
    Menantu Dajjal kuat enjin

    Ludah! Amerika!
    Ludah! Amerika!
    Ludah! Amerika!
    Ludah! Amerika!

    Tolong sana tolong sini
    Batu api
    Alasan kamu nuklear lagi
    Satelit cari si Saddam
    Anjing bersama senapang
    Misai si hitler pun panjang
    Sogok wanita telanjang

    Ludah! Amerika!
    Ludah! Amerika!
    Ludah! Amerika!
    Ludah! Amerika!

    Ludah! Amerika!
    Ludah! Amerika!
    Ludah! Amerika!
    Ludah! Amerika!

  • Liverpool Patah Sayap betongkang paroh...

    crazy benitez          

     Liverpool mengharungi perlawanan penentuan Liga Juare2 di Olympique Lyon dengan 10 pemainye cedera dan mungkin tidak dapat diturunkan dalam pertemuan esok.

    Situasi itu merupekan krisis terbesar dihadapi oleh Rafael Benitez sepanjang lima tahun beliau di Anfield.

    Harapan Benitez untuk menurunkan pemain baru Alberto Aquilani terlaksane tetapi posisi tengah mereka tanpe kelibat ketua iaitu pasukan...Steven Gerrard (cedera pangkal paha)...Albert Riera (otot)...pemain pertahanan Martin Kelly (pergelangan kaki) dan Martin Skrtel (otot).

    Liverpool setakat ini kalah enam dari tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan...termasuk tunduk 1-2 kepade Lyon dua minggu lalu.

    Peluang untuk mare ke peringkat kalah mati terus hanye tingal mimpi  jike mereka kalah di Stade Gerland.

    Lyon di tange teratas Kumpulan E dengan sembilan mate daripade tige perlawanan dan akan layak ke pusingan 16 pasukan jike mereka menang.

    benitez crazy2

    Fiorentina yang menanti kehadiran pasukan tercorot Debrecen...di tange kedue dengan enam mata...diikuti Liverpool (3 mata) dan kelab Hungary...Debrecen tanpe mate.

    Liverpool yang memenangi Piala Eropah lime kali dan mare sekurang2nye ke suku akhir selame tiga musim...tidak pernah mempamerkan rekod seperti ini apabile kalah lapan daripade 16 perlawanan dalam semua kejohanan.

    Penyerang mereka dari Sepanyol...Fernando Torres yang digantikan pada minit ke63 walaupun menjaringkan gol ketike menang 3-1 ke atas Fulham...Sabtu lalu dijangke beraksi dengan kesakitan akibat kecederaan otot yang dialami ketike perlawanan antarabangse bulan lalu.

    "Kami akan cuba menangani dia (Torres) kerane die hampir untuk menjalani pembedahan. Kami terpakse membawe Fernando ke Lyon kerane kami tidak banyak pilihan'' kata Benitez dalam laman web kelab www.liverpoolfc.tv kelmarin.

    Glen Johnson (kecederaan betis)...Daniel Agger (belakang) dan David Ngog (pergelangan kaki) serte Fabio Aurelio (betis) merupekan antare pemain yang masih bergelut untuk cergas.

    Jamie Carragher yang dibuang padang ketika menentang Fulham bersame2 Philipp Degen...berkate : ''Ini merupekan saat sukar...ia menyakitkan.

    "Kami melakukan beberape perkare minggu lalu dengan mengalahkan Manchester United tetapi kami kalah dua perlawanan.

    "Kami perlu menyelesaikan masalah ini minggu ini di padang latihan kerane Lyon merupakan satu lagi perlawanan penting.''

    Sementara itu...Lyon bangkit daripade duem kekalahan liga dengan menang 1-0 ke atas musuh ketat St. Etienne...Sabtu lalu dan kini di tange kedue dalam Liga Perancis due mate di belakang Girondins Bordeaux.

    Bafetimbi Gomis masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol kemenangan ke atas bekas kelabnye pade enam minit akhir perlawanan dan membuktikan kelab Perancis itu tidak seperti Liverpool...boleh bergantung kepade pemain gantian jike diperlukan.

    Penjage gol Perancis...Hugo Lloris mempamerkan aksi cemerlang...menafikan beberape percubaan berbahaye Etienne.

    "Walaupun jika kami tertekan...sekali lagi kami menamatkan permainan dengan mantap...seperti mane di Anfield.

    "Sekarang kami memikirkan tentang Liverpool...ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar'' kata presiden kelab...Jean-Michel Aulas.

    Penyerang dari Argentina...Lisandro Lopez dijangke diturunkan di barisan depan...dibantu oleh pemain Perancis Sidney Govou dan pemain Brazil...Michel Bastos di posisi sayap.

    Pemain tengah Perancis...Jeremy Toulalan dijangke meneruskan tugas di pertahanan tengah kerane Jean-Alain Boumsong masih mengalami kecederaan pangkal pahe.

  • Criminalise War International Conference & Exhibiton

    banner Criminalise War International Conference & Exhibiton        

    Peperangan tak pernah tamat selagi wujudnye perasaan tamak dalam jiwe manusie. Apetah lagi dalam setiap peperangan yang berlaku punye dalang disebalik tabir yang bertindak sebagai "batu api" untuk mencetoskan peperangan demi mengaut keuntungan dari hasil penjualan senjate.           

    Ntah kenape aku terpangil untuk turut menghadiri "Criminalise War International Conference & Exhibiton" yang berlangsong di PWTC baru2 nie. Walaupon aku cume seekor serangge...hanye seorang bloger(ayat emo lah pulok muehehehe!!!) tapi...aku juge punye tangungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang punye hati perot untuk turut same menghentikan kekejaman ini. Jike dulu peperangan yang berlaku hanye melibatkan tentera tapi kini skop serangan semakin meluas sehinge kanak2...wanita mengandong...dan orang tua turut menjadi mangse kekejaman mereka.

    Criminalise War International Conference & Exhibiton01

    Walaupun negare kite bebas dari peperangan tapi sedarkah korang? tempias dari pengunaan senjate kimia & biologi sedikit - sebanyak akan mendatangkan kemudaratan kepade kite...pakar radiasi iaitu Lauren Moret berkate dalam ucapanye terdedah kepade senjate kimia & biologi...gas uranium contohnye boleh menyebabkan pelbagai penyakit antarenye Diabetes...Parkinson...Alzheimer...barah dan kerosakan otak."Di China misalnye...jumlah pesakit Diabetes meningkat lebih 20% dari seluruh populasi republik itu. Ia berlaku pade 2007 selepas serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

    Penghasilan senjate dengan keupayaan mencetuskan kemusnahan besar2an boleh menjadi punce kepade penurunan kadar populasi dunie menjelang tahun 2050". Tambah beliau...akibat dari serangan tersebot...kadar kesuboran wanita diseluruh dunie akan berkurangan dengan setiap wanita secare purate hanye boleh menghasilkan 2 setengah anak iaitu nisbah 1 : 2.5 .

    Tun01

    Criminalise War International Conference & Exhibiton yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir juge selaku pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana(PGPO)...manusia ini selayaknye diberikan anugerah Nobel milik Obama...kerane mengambil langkah tepat disaat dunie bakal berdepan dengan peperangan...dengan mengadekan persidangan dan pameran seumpame ini...ianye dapat memberi kesedaran kepade setiap lapisan masyarakat bahawe peperangan patot dihentikan segere.

    S : Bagaimane kite boleh mendedahkan penjenayah perang kerane kuase2 besar sering memainkan peranan disebalik tabir?

    Tun Mahathir : Kalau kite lihat dulu soal perhambaan yang mengamalkan...mendagang dan mempunyai hambe...ramai adelah mereka dari negare kuase besar. Tetapi apebile mereka memperolehi pendapat umum yang menolak perkare ini melalui suare dan undi mereka...make kite boleh secare beransur2 menukar care kite berfikir.Kite punye candangan supaye sesiape yang ingin menjadi calon presiden...ahli kongres atau ahli parlimen dinegare2 yang mempunyai kekuatan ketenteraan...mereka perlu berikrar tidak akan mengunekan peperangan sebagai jalan penyelesaian. Jike kite bagi sokongan kepade pemimpin seperti ini make kite akan dapati parlimen yang diprnuhi oleh merek yang anti kepade peperangan. Mereka ini juge boleh membuat undang2 supaye mencegah dari berlakunye perang. Inilah yang berlaku ketike cubaan menghapuskan perhambaan. William Wilberforce...seorang ahli parlimen Britain telah berusahe selame 20 tahun untuk menghentikan perdagangan hambe.

    Criminalise War International Conference & Exhibiton04 
    Namun akhirnye bukan saje perdagangan hambe dihentikan oleh kuase besar dan peniage besar tetapi hati kecil manusia berangapan mempunyai hambe adelah sesuatu yang tidak harus dilakukan oleh mereka yang bertamadun. Dulu perang hanye membabitkan tentera dengan tentera dimedan perang. Tapi sekarang seluruh negare adelah medan perang. Apebile tentera  meletopkan bom mereka bukan memilih same ade mangse itu askar atau bukan askar. Semua jadi mangse same ade orang tua...mude...lelaki atau perempuan semua kena. Make ia adelah atas kepentingan orang ramai bahawe perang perlu dihapuskan.

    S :  Betul ke ade pendapat yang mengatekan bahawe kebanyakan peperangan dilakukan untuk melariskan penjualan senjate?

    Tun Mahathir : Ini merupekan satu masalah yang besar. Sebenarnye industri senjate merupekan penyumbang terbesar kepade ekonomi sesebuah negare. Jike tidak ade industri senjate atau penyelidikan berjuta pekerja akan kehilangan kerja mereka dan juge para kapitalis akan kehilangan keuntungan mereka. Namun apabile kite menghasilkan senjate make ia akan ditambah dan ia akan dihasilkan dalam skala yang besar. Iniu seolah-olah menunjukan semakin banyak senjate make kite tidak akan kalah dalam perang. Jadi ape yang akan dilakukan ialah berperang...membunuh manusia dan menguji senjate. Selepas itu mereka akan menghasilkan lebih banyak senjate baru. AS telah mule berpandangan tentang perang pade mase depan diangkase lepas dan Presiden Ronald Reagan telah mengasaskan star wars. Mereka ini tidak ade pandangan lain selain  berperang dan perang bagi mereka adalah penyumbang besar kepade ekonomi. Jike dihentikan industri ini tentulah akan memberikan masalah. Namun sebenarnye kite boleh atasi masalah itu seperti mengalihkan berbelanjaan untuk penyelidikan contohnye kajian untuk ubat penyakit AIDS atau H1N1.

    Criminalise War International Conference & Exhibiton05 
    Kite juge boleh menumpukan kepade usahe menghapuskan kemiskinan dan kebuluran di seluruh dunie. Kerajaan di seluruh dunie juge daripade mengeluarkan wang membeli senjate boleh berbelanje untuk mengeluarkan makanan. Banyak perkare baik yang boleh kite lakukan itu pun jike kite mahu lakukan nye. Tetapi industri senjate sebenarnye telah menjadi satu industri raksase yang wajib disuap selalu dengan duit supaye lebih banyak senjate baru dapat dihasilkan. Kite tidak boleh biar mereka ini menguasai ekonomi dunie.

    Adekah Malaysia akan berperang dengan mane2 negare? tetapi kite telah membeli kapal selam pade harge berbilion ringgit. Kite ade pesawat Sukhoi...F16 bukan untuk ape tetapi sekadar mengadekan pertunjukan udare. Banyak belanje yang dikeluarkan. Kite sebenarnye dipakse untuk turut menyertai perlumbaan senjate oleh industri kerane mereka datang dan cube memujuk membeli senjate yang paling baru dan jike kite tidak mampu mereka akan pergi ke negare jiran yang bermusuh dengan kite...oleh itu kite pun terpakselah beli. Bile kite dah beli esoknye pule mereka datang dan menunjukan senjate atau sistem pertahanan yang paling baru pule. Perkare ini akan berlu berterusan dan kite terperangkap dalam perlumbaan senjate.

    Criminalise War International Conference & Exhibiton06 
    Saye tahu tentang perkare ini kerane saye juge bertangungjawab dalam mebeli beberape peralatan perang. Singapura ade F16 tapi kite tidak ade...make tentera kite tidak berase seronoklah. Make mahu tak kite kena belilah. Semua pesawat ini bukanye murah. Dulu satu pesawat berharge RM1 juta...sekarang satu pesawat Rm100 juta. Itu belum lagi termasuk harge penyelenggaraan dan sebagainye. Bukankah lebih baik duit itu dibelanjekan untuk buat jalan...menghapuskan kemiskinan dan sebagainye. Kuncinye ialah dengan menghapuskan peperangan dan selepas itu tiade lagi tujuan untuk mengeluarkan senjate.

    S : Bagaimane jike kite berhadapan dengan mereka yang melancarkan peperangan dan bagaimane dengan tindakan Amerika Syarikat melancarkan perang terhadap Iraq atas alasan mempertahankan diri?

    Tun Mahathir : Itu adelah berkenaan perang secare defensif dan ape yang saye cube katekan di sini ialah perang secare agresif. Lagi pun  bukan semua orang Iraq yang terlibat dalam menyerang Amerika Syarikat. Malah kalau ade pun bukan mereka. Saye ambil contoh peristiwe 11 September 2001 dilakukan oleh mereka yang berasal dari Arab Saudi. Kenape Amerika Syarikat menyerang tak menyerang Arab Saudi?

    Ini kerane Amerika Syarikat telah mempunyai agenda lain dan bukan kerane peristiwe serangan 9/11. Sehingge kini ramai yang masih tertanye2 apekah serangan 9/11 ini merupekan satu care yang dilakukan oleh sekumpulan orang di Amerika Syarikat untuk meberi alasan melancarkan peperangan. Perkare ini bukan satu perkare baru kerane pihak CIA kerap melakuakan tindakan sebigini.

    Criminalise War International Conference & Exhibiton07

    Contohnye mereka biase melancarkan serangan untuk menunjukan bahawe negare Cuba hendak menyerang Amerika Syarikat. Malah dalam peristiwe serangan 9/11 ini terdapat video yang menunjukan bahawe serangan ini bukan dirancang oleh Al-Qaeda tetapi sebenarnye dirancang didalm Amerika Syarikat sendiri.

    S : Jike dilihat kesan akibat perang dunie pertame dan kedue jumlah yang yang terkorban melibatkan jutaan nyawe. Tetapi mengape manusia secare umumnye masih tak sedar?

    Tun Mahathir : Kite banyak didedahkan dan ditekankan dengan cerite2 mengenai perang yang lebih kepade kejayaan akibat peperangan...semangat keperwiraan dan keberanian. Cerite mengenai mereka yang mati...cedera...hilang anggote badan dan sebagainye tak didedahkan. Berape ramai orang di Amerika Syarikat dan Eropah yang cacat akibat perang malah ramai yang menjadi gile. Kebanyakan anggote keselamatan mereka yang balik selepas perang tidak sesuai duduk dengan masyarakat. Mereka diajar tentang membunuh dan membunuh adelah perkare biase bagi mereka. Mereka sebenarnye melahirkan raksase dan pembunh akibat peperangan. Ini merupekan satu perkare yang serius namun pihak barat seperti  Amerika Syarikat jarang mendedahkan perkare ini dimedia mereka. Berape ramai askar mereka yang jadi gile atau penjenayah. Oleh itu kitelah yang sebenarnye yang harus bercerite tentang perkare ini.

    S : Adekah terdapat jalan penyelesaian lain  yang boleh dilakukan bagi mengantikan peperangan. Selalunye melalui perbincangan.    

    Tun Mahathir : Bekas Presiden Amerika Syarikat Nixon pernah memperkenalkan pingpong diplomasi sewaktu Amerika Syarikat mengadekan hubungan dengan China. Itu adelah satu care kalau kite boleh bermain dan kite boleh selesaikan masalah...kenape kite tidak cube? tapi saye rase tak perlulah pertandingan tinju. Saye menentang pertandingan tinju kerane bagi saye ia adelah satu sukan yang kejam dan hanye untuk menetukan siape yang kuat. Kite boleh lihat keadaan Muhammad Ali sekarang boleh bercakap kerane Parkinson.

    Kalau kite ade care lain melalui rundingan atau pun kite pergi ke mahkamah make tak perlulah berperang. Kerane apebile berlaku perang ia akan mengakibatkan pembunuhan. Kite boleh gunekan mahkamah untuk meluahkan tuntutan atau perasaan tidak puas hati.

    Sebenarnye PBB ditubuhkan adelah unutk menentukan adelah untuk menentukan tidak ade berlaku peperangan lagi. Tetapi kite lihat Presiden George W. Bush dan Tony Blair mengenepikan PBB. Make yang menjadi masalah kepade kite ailah kuase2 besar yang sering bercakap tentang keadilan...hak asasi manusia...hak untuk hidup dan sebagainye. Yang sebenarnye merekalah yang memecahkan standard moral kerane semuanye ditentukan oleh mereka. Jadi selain perundingan dan mahkamah mungkin kite boleh main pingpong.

    Criminalise War International Conference & Exhibiton02

    Sumbangan anda dialu2kan bagi menghentikan kekejaman ini.

    Cek / Bank Draf / Money Oredr / Postal Order sumbangan boleh dibuat atas name :

    "KL FOUNDATION TO CRIMINALISE WAR INCORP."

    Maybank Acc No :  5123 3430 3483

    Atau korang boleh usha website nie : http://www.criminalisewar.org

Visitors counter
Page views total:
9597
Page views today:
0
Visitors total:
4983
Visitors today:
0
Recent posts

more posts…

Footer:

The content of this website belongs to a private person, blog.co.uk is not responsible for the content of this website.