altan2

Akhirnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu terungkai juga, ini merupakan kronologi kes pembunuhan tersebut yang bermula dari Ogos 2006 dan berakhir pada 9 April 2009 dan memperlihatkan sistem pentadbiran kehakiman kita masih lagi lemah dari pelbagai sudut.

  • Ogos 2006 Altantuya tiba di Malaysia bersendirian untuk berjumpa Abdul Razak.
  • 6 Okt 2006 Altantuya tiba kali kedua di Malaysia bersama rakan dan saudaranya.
  • 19 Okt 2006 Altantuya kali terakhir dilihat keluar dari Hotel Malaya, tempat penginapannya.
  • 7 Nov 2006 Polis menemui cebisan daging dan pakaian mayat Altantuya di Puncak Alam, Shah Alam.
  • 16 Nov 2006 Dua anggota UTK, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa membunuh Altantuya.
  • 17 Nov 2006 Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul membunuh Altantuya.
  • 23 Nov 2006 Abdul Razak mengaku tidak bersalah di mahkamah Tinggi dan dibenarkan bebas dengan bon jaminan lisan RM1 juta dengan dua penjamin atas alasan kesihatan.
  • 5 Jan 2007 Abdul Razak dihantar semula ke Penjara Sungai Buloh selepas Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk K.N.Segara menolak permohonan lisannya.
  • 18 Jun 2007 Perbicaraan kes bunuh Altantuya bermula.
  • 18 Sept 2007 Pendakwaan menutup kes selepas 151 hari perbicaraan dan memanggil 84 saksi.
  • 31 Okt 2008 Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat, manakala Azilah dan Sirul dipanggil membela diri membunuh Altantuya.
  • 14 Nov 2008 Pendakwaan memutuskan tidak akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan pembebasan Abdul Razak.
  • 15 Jan 2009 Azilah dan Sirul mula memberikan keterangan bela diri selama 7 hari.
  • 17 Feb 2009 kedua-dua pihak selesai mengemukakan hujahan selepas 159 hari perbicaraan kes berjalan.
  • 9 Apr 2009 Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati.